Terus ke kandungan

WEBSITEUNTUK BISNESANDA

Kami bina website yang kemas dan mudah digunakan untuk bisnes di Malaysia. Dari halaman pengenalan hingga sistem pesanan dan tempahan, kami bantu pilih apa yang anda perlukan.

Kos dijelaskan dari awalJadual kerja dipersetujuiBantuan selepas pelancaran

Reka bentuk kemas

sesuai dengan bisnes anda

Selesa di telefon

Mobile & desktop

Tetapan asas carian

Basic SEO

Loading yang ringan

Aset dioptimumkan

Mudah diurus

Kemas kini melalui kami

Bantuan teknikal

30 hari sokongan teknikal

DAPUR RASAUtama  Servis  Hubungi
DIBINA UNTUK BISNES ANDA

Citarasa Tempatan
Untuk Semua

Lihat menu
Restoran & F&B
KLINIK SEJAHTERAUtama  Servis  Hubungi
DIBINA UNTUK BISNES ANDA

Klinik
Keluarga Anda

Kenali servis
Klinik & Kesihatan
BINA MAJUUtama  Servis  Hubungi
DIBINA UNTUK BISNES ANDA

Membina Masa Depan
Yang Lebih Baik

Lihat projek
Pembinaan & Kontraktor
JELAJAH MALAYSIAUtama  Servis  Hubungi
DIBINA UNTUK BISNES ANDA

Terokai Keindahan
Malaysia

Terokai destinasi
Travel & Pelancongan
SERI BEAUTYUtama  Servis  Hubungi
DIBINA UNTUK BISNES ANDA

Pilihan Terbaik
Untuk Gaya Hidup Anda

Lihat koleksi
Produk & E-Dagang

Contoh rekaan untuk ilustrasi sahaja, bukan website pelanggan.

Pakej website WebPadu

Harga di bawah ialah bayaran untuk membina website. Yuran penyelenggaraan tahunan dibayar berasingan.

START

RM599

Landing page

  • Landing page mengikut bisnes anda
  • Reka bentuk profesional
  • Butang untuk terus ke WhatsApp
  • Paparan sesuai untuk telefon dan desktop

+ RM150/tahun penyelenggaraan

Lihat apa yang termasuk

Sesuai jika anda mahu memperkenalkan satu produk, servis atau bisnes tanpa website yang terlalu kompleks. Pelanggan boleh semak maklumat penting dan terus ke WhatsApp.

Termasuk dalam pakej

  • Landing page mengikut bisnes anda
  • Reka bentuk profesional
  • Butang untuk terus ke WhatsApp
  • Paparan sesuai untuk telefon dan desktop
  • Tetapan asas SEO
  • Bantuan menyusun ayat website

Tidak termasuk dalam harga ini

  • Sistem pesanan dan tempahan
  • Pengiraan harga
  • Integrasi Google Sheets
PALING POPULAR

GROW

RM1,299

Sistem pesanan / tempahan

  • Semua dalam Pakej START
  • Sistem pesanan atau tempahan
  • Pengiraan harga automatik
  • Ringkasan pesanan melalui WhatsApp

+ RM150/tahun penyelenggaraan

Lihat apa yang termasuk

Sesuai jika anda menerima pesanan atau tempahan melalui WhatsApp dan mahu butiran pelanggan disusun dengan lebih mudah untuk disemak.

Termasuk dalam pakej

  • Semua dalam Pakej START
  • Sistem pesanan atau tempahan
  • Pengiraan harga automatik
  • Ringkasan pesanan melalui WhatsApp
  • Integrasi Google Sheets
  • Sehingga 10 produk atau servis

Tidak termasuk dalam harga ini

  • Panel pengurusan
  • Sistem bayaran online
  • Pangkalan data

SCALE

RM2,499

Website pelbagai halaman

  • Semua dalam Pakej GROW
  • Website dengan beberapa halaman
  • Reka bentuk paparan dan navigasi mengikut keperluan
  • Borang dan proses kerja lanjutan

+ RM250/tahun penyelenggaraan

Lihat apa yang termasuk

Sesuai untuk syarikat yang mempunyai beberapa servis atau lebih banyak maklumat untuk dikongsi. Website dibina dengan reka bentuk dan fungsi mengikut keperluan bisnes.

Termasuk dalam pakej

  • Semua dalam Pakej GROW
  • Website dengan beberapa halaman
  • Reka bentuk paparan dan navigasi mengikut keperluan
  • Borang dan proses kerja lanjutan
  • Animasi website premium
  • Optimasi prestasi website
  • Keutamaan sokongan teknikal

Tidak termasuk dalam harga ini

  • Panel pengurusan yang kompleks
  • Aplikasi web khas
  • Automasi AI

EXPERIENCE

Mengikut keperluan anda

Harga mengikut keperluan projek

  • Aplikasi web khas
  • Automasi urusan bisnes
  • Kempen interaktif
  • Permainan mini dan gamifikasi

Yuran tahunan mengikut keperluan sistem

Lihat apa yang termasuk

Untuk projek yang memerlukan perbincangan lebih terperinci, seperti sistem dalaman, automasi, aplikasi web atau aktiviti interaktif untuk kempen dan acara.

Termasuk dalam pakej

  • Aplikasi web khas
  • Automasi urusan bisnes
  • Kempen interaktif
  • Permainan mini dan gamifikasi
  • Integrasi AI
  • Proses kerja mengikut keperluan

Harga dan fungsi ditentukan selepas perbincangan

  • Harga tetap
  • Skop pakej standard

ADA RANCANGANUNTUK BISNES?

Perbincangan awal percuma.
Ceritakan keperluan anda. Kami bantu jelaskan pilihan yang sesuai.

BINCANG DULU

LANDING PAGE ATAU
WEBSITE LENGKAP?

Cuba contoh di bawah untuk lihat bezanya. Pilih jenis website dan gunakan butang dalam demo untuk faham cara ia berfungsi.
SIMULASI WEBSITE
DAPUR RASADEMOMakanan tempatan
CITARASA TEMPATAN

Sedap. Mudah.
Untuk semua.

Contoh cara satu tawaran diperkenalkan dengan jelas.

Tawaran jelasLangkah seterusnya
START · RM599

Perkenalkan satu produk atau servis.

Semua maklumat penting disusun dalam satu halaman: apa yang anda tawarkan, sebab pelanggan patut memilihnya dan cara untuk menghubungi anda.

  • Satu halaman dengan aliran yang jelas
  • Butang WhatsApp sebagai tindakan utama
  • Sesuai untuk usahawan, ejen dan servis
Lihat pakej berkaitan

PERLUKAN FUNGSI
TAMBAHAN?

Jika anda perlukan panel pengurusan, pangkalan data atau bayaran online, kami boleh tambah mengikut keperluan. Kosnya dinyatakan dalam sebut harga berasingan.
Rekod pelanggan
FPX & kad
Dashboard
Automasi & AI
SET SISTEM LENGKAP

Full System Setup Pack

Pangkalan data, panel pengurusan dan bayaran online dalam satu set. Kami akan semak fungsi yang anda perlukan sebelum menyediakan sebut harga.

Bincang fungsi yang diperlukan
SISTEM & AUTOMASI

Client Admin Dashboard

Panel dengan log masuk untuk anda mengurus pesanan dan tempahan.

Payment Gateway Setup

Sediakan pilihan bayaran online melalui FPX atau kad.

Database Integration

Simpan dan urus maklumat pelanggan dalam pangkalan data.

Custom Logic / Calculator

Bina pengiraan atau fungsi khas, seperti kuiz dan borang dengan pilihan bersyarat.

Multi-language

Pilihan Bahasa Melayu dan English. Teks kedua-dua bahasa disediakan oleh pelanggan.

Google Sheets Sync

Maklumat daripada borang dikumpulkan dalam Google Sheets supaya mudah disemak.

REKAAN & KANDUNGAN

Premium UI/UX Upgrade

Kemaskan susun atur, paparan dan animasi website anda.

Extra Section

Tambah satu bahagian pada landing page sedia ada.

BRANDING & TRACKING

Professional Email Setup

Gunakan email dengan nama domain bisnes anda, contohnya admin@brand.com.

Custom Domain

Daftar nama domain untuk bisnes anda, seperti .com atau .my.

Pixel Setup

Pasang Meta atau TikTok Pixel untuk membantu mengukur prestasi iklan.

SERVIS PRIORITI

Express 24H Delivery

Pilihan siap lebih cepat untuk START, jika semua bahan sudah lengkap dan jadual kami mengizinkan. Hanya terpakai untuk Pakej START (Landing Page).

Integrasi Google Sheets termasuk dalam GROW mengikut skop pakej. Fungsi tambahan lain mempunyai caj berasingan.

MACAM MANA
KAMI BERMULA?

01

Kenali bisnes anda

Ceritakan apa yang anda jual, siapa pelanggan anda dan apa yang website perlu bantu. Kami cadangkan pakej, jelaskan kos dan persetujui kerja yang akan dibuat.

02

Kumpulkan bahan

Kami beri senarai maklumat dan bahan yang diperlukan. Anda sediakan butiran bisnes, harga dan gambar; kami bantu susun ayat untuk website.

03

Semak draf website

Kami bina draf pertama untuk anda lihat. Anda semak maklumat dan beri maklum balas, kemudian kami buat pelarasan mengikut kerja yang dipersetujui.

04

Terbitkan website

Selepas anda berpuas hati dan meluluskan draf, website boleh diterbitkan. Kami turut sediakan 30 hari sokongan teknikal percuma selepas pelancaran.

START: seawal 48 jam selepas bahan lengkap. GROW & SCALE: biasanya 5–7 hari bekerja, mengikut skop dan semakan. EXPERIENCE: tempoh dipersetujui per projek.

PENGALAMAN
PELANGGAN KAMI.

We engaged WebPadu for our exhibition open day, specifically for an interactive game setup. What we requested was delivered exactly as expected, which made the whole process smooth and stress-free. The team was professional, responsive, and easy to work with throughout. The setup added great value to our event and enhanced visitor engagement. Overall, a very satisfying experience and we would definitely work with them again.
Sangat mudah berurusan. Servis steady dan memenuhi kehendak pelanggan. Semoga maju jaya 👍🏻
Okayy terimakasih. Cantikk hasilnyaaa. Ringkas padat. Servis terbaikk !! 👍 👍
Terima kasih banyak kepada webpadu. Betul-betul padu💪🏼🫶. Harga murah hasil PREMIUM. Siap pantas dalam seminggu..
En. FakharudinBelantikMaya
Terima kasih banyak. Kamu sangat membantu. Good service. Saya akan recommend kamu kat my fren yang perlukan service ini.
Service tiptop!
Pn. ArtikaD'Senduk Kayu

ADA SOALAN
SEBELUM MULA?

Ini jawapan kepada soalan yang biasa kami terima. Jika ada perkara lain yang anda nak tahu, boleh terus tanya melalui WhatsApp.
Tanya WebPadu
Berapa harga untuk bina website?

START bermula RM599, GROW RM1,299 dan SCALE RM2,499. Untuk EXPERIENCE, kami akan bincang fungsi yang anda perlukan dahulu sebelum menyediakan sebut harga. Ini ialah bayaran membina website. Yuran penyelenggaraan tahunan dibayar berasingan: RM150 untuk START dan GROW, atau RM250 untuk SCALE.

Berapa lama website boleh siap?

START boleh siap seawal 48 jam selepas kami menerima semua bahan yang lengkap. GROW dan SCALE biasanya mengambil 5–7 hari bekerja, bergantung pada fungsi dan proses semakan. Untuk EXPERIENCE, tempoh kerja dipersetujui selepas kami memahami keperluan projek.

Yuran tahunan itu untuk apa?

Yuran tahunan meliputi hosting, domain, SSL dan sokongan teknikal mengikut pakej. Kadarnya bermula RM150 setahun untuk START dan GROW, atau RM250 setahun untuk SCALE. Jenis domain, kos pembaharuan dan kemas kini yang termasuk akan dijelaskan dalam sebut harga. Bayaran membina website pula hanya dikenakan sekali.

Kalau saya belum ada ayat atau gambar yang lengkap?

Kami boleh bantu susun ayat; bantuan copywriting termasuk dalam pakej. Anda hanya perlu beri maklumat yang betul tentang bisnes, produk, servis dan harga melalui senarai bahan yang kami sediakan (Content Kit). Untuk gambar, foto daripada telefon pun boleh digunakan jika jelas dan pencahayaannya baik.

Saya tak pandai IT. Boleh guna website ini?

Boleh. Kami uruskan website, dan anda boleh minta kemas kini melalui WhatsApp mengikut kerja yang dipersetujui. Bagi sistem pesanan atau tempahan melalui WhatsApp, pelanggan menghantar butiran dalam mesej yang sudah disusun. Jika anda mahu mengurus maklumat sendiri melalui panel khas, fungsi itu boleh ditambah dengan caj berasingan.

Boleh tambah fungsi kemudian?

Boleh. Anda boleh mula dengan apa yang diperlukan sekarang dan bincang penambahan apabila sudah bersedia. Panel pengurusan, pangkalan data, bayaran online dan integrasi lain diberikan sebut harga berasingan.

Bila ada website, jualan dan ranking Google mesti naik?

Tidak semestinya. Website membantu pelanggan memahami produk atau servis dan menghubungi anda dengan lebih mudah. Jualan masih bergantung pada tawaran, harga, jumlah pelawat dan usaha pemasaran. Tetapan asas SEO disediakan, tetapi ia bukan jaminan untuk berada di tempat pertama dalam Google.

Kalau saya berminat, macam mana nak mula?

Hubungi kami untuk bincang keperluan dan dapatkan sebut harga. Selepas kerja yang akan dibuat dan deposit dipersetujui, kami beri Content Kit untuk mengumpulkan bahan. Kami bina draf untuk anda semak, buat pelarasan yang dipersetujui dan terbitkan website selepas kelulusan anda. Sokongan teknikal percuma diberikan selama 30 hari selepas pelancaran.

Tak pasti nak pilih pakej mana?

Website ini nak digunakan untuk apa?

CERITAKAN
KEPERLUAN ANDA.

Belum ada idea lengkap pun tidak mengapa. Ceritakan sedikit tentang bisnes anda dan apa yang anda perlukan. Kami bantu jelaskan pilihan, kos dan langkah seterusnya. Perbincangan awal ini percuma.
BINCANG DULU

Kos dan tempoh kerja akan dijelaskan sebelum anda membuat keputusan.

Apa yang anda nak bina?

Isi maklumat ringkas di bawah. Kami sediakan mesej untuk anda semak dan hantar dalam WhatsApp.