Terus ke kandungan

HARGABUAT WEBSITEMALAYSIA

Harga buat website bergantung pada jenis halaman, fungsi dan bahan yang perlu disediakan. Halaman ini menerangkan harga pakej WebPadu, apa yang termasuk dan kos tahunan supaya anda boleh membuat bajet dengan jelas sebelum berbincang.

Kos dijelaskan dari awalSkop dipersetujui bersamaSokongan teknikal 30 hari

HARGA JELAS.
TIADA CAJ TERSEMBUNYI.

Harga website ditentukan oleh skop: satu halaman atau pelbagai halaman, fungsi seperti sistem pesanan dan pengiraan harga, serta integrasi tambahan seperti payment gateway atau panel pengurusan. Di WebPadu, bayaran bina dikenakan sekali sahaja mengikut pakej; penyelenggaraan tahunan untuk hosting, domain, SSL dan sokongan teknikal dinyatakan berasingan dari awal.

Landing page — RM599

Satu halaman untuk satu tawaran atau kempen. Sesuai untuk peniaga kecil, ejen dan servis yang mahu pelanggan terus bertanya melalui WhatsApp.

Sistem pesanan & tempahan — RM1,299

Pilihan produk, pengiraan harga, ringkasan WhatsApp dan Google Sheets. Sesuai untuk bisnes makanan, produk dan tempahan servis.

Website pelbagai halaman — RM2,499

Profil syarikat, beberapa servis dan portfolio dalam halaman berasingan. Sesuai untuk syarikat yang perlukan penerangan lebih lengkap.

LANDING PAGE ATAU
WEBSITE LENGKAP?

Cuba contoh di bawah untuk lihat bezanya. Pilih jenis website dan gunakan butang dalam demo untuk faham cara ia berfungsi.
SIMULASI WEBSITE
DAPUR RASADEMO
CITARASA TEMPATAN

Sedap. Mudah.
Untuk semua.

Contoh cara satu tawaran diperkenalkan dengan jelas.

Tawaran jelasLangkah seterusnya
SCALE · RM2,499

Asingkan maklumat dalam halaman sendiri.

Halaman berasingan untuk menerangkan syarikat, servis dan portfolio dengan lebih terperinci. Sesuai untuk bisnes yang mempunyai beberapa tawaran.

  • Navigasi antara halaman berbeza
  • Kandungan tersusun mengikut topik
  • Reka bentuk dan fungsi mengikut keperluan
Lihat pakej berkaitan

HARGA & SKOP.
JELAS SEBELUM MULA.

Bayaran bina website adalah sekali sahaja. Penyelenggaraan tahunan dan fungsi tambahan dinyatakan berasingan.

START

RM599

Satu halaman untuk perkenalkan bisnes, terangkan servis dan mudahkan pelanggan menghubungi anda.

  • Landing page mengikut bisnes anda
  • Reka bentuk profesional
  • Butang untuk terus ke WhatsApp
  • Paparan sesuai untuk telefon dan desktop
  • Tetapan asas SEO
  • Bantuan menyusun ayat website

+ RM150/tahun penyelenggaraan

BINCANG PAKEJ START
Tidak termasuk
  • Sistem pesanan dan tempahan
  • Pengiraan harga
  • Integrasi Google Sheets

GROW

RM1,299

Pelanggan pilih produk atau servis, semak anggaran harga dan hantar butiran melalui WhatsApp.

  • Semua dalam Pakej START
  • Sistem pesanan atau tempahan
  • Pengiraan harga automatik
  • Ringkasan pesanan melalui WhatsApp
  • Integrasi Google Sheets
  • Sehingga 10 produk atau servis

+ RM150/tahun penyelenggaraan

BINCANG PAKEJ GROW
Tidak termasuk
  • Panel pengurusan
  • Sistem bayaran online
  • Pangkalan data

SCALE

RM2,499

Profil syarikat, servis dan portfolio disusun dalam halaman berasingan.

  • Semua dalam Pakej GROW
  • Website dengan beberapa halaman
  • Reka bentuk paparan dan navigasi mengikut keperluan
  • Borang dan proses kerja lanjutan
  • Animasi website premium
  • Optimasi prestasi website
  • Keutamaan sokongan teknikal

+ RM250/tahun penyelenggaraan

BINCANG PAKEJ SCALE
Tidak termasuk
  • Panel pengurusan yang kompleks
  • Aplikasi web khas
  • Automasi AI

Kos domain, hosting, integrasi dan butiran penyelenggaraan akan diperincikan dalam sebut harga. Payment gateway, database dan panel pengurusan bukan sebahagian daripada pakej standard.

CARA KITA
MULAKAN PROJEK.

01

Bincang keperluan

Kongsi bisnes, objektif, bajet dan tarikh sasaran. Kami cadangkan skop serta jelaskan kos.

02

Sediakan bahan

Selepas persetujuan dan deposit, lengkapkan Content Kit dengan fakta bisnes, harga dan gambar.

03

Semak draf

Kami susun kandungan dan bina draf. Anda semak maklumat dan beri maklum balas mengikut skop.

04

Lancar & sokongan

Website diterbitkan selepas kelulusan. Sokongan teknikal percuma disediakan selama 30 hari selepas pelancaran.

START: seawal 48 jam selepas bahan lengkap. GROW dan SCALE: biasanya 5–7 hari bekerja, bergantung pada skop serta semakan. Jadual akhir dipersetujui sebelum kerja bermula.

PENGALAMAN
PELANGGAN KAMI.

Sangat mudah berurusan. Servis steady dan memenuhi kehendak pelanggan. Semoga maju jaya 👍🏻

ADA SOALAN
SEBELUM MULA?

Semak kos, skop dan cara servis ini berfungsi. Keperluan khusus boleh dibincangkan terus.
Tanya WebPadu
Berapa harga buat website di Malaysia?

Di WebPadu, bayaran bina bermula RM599 untuk landing page (START), RM1,299 untuk sistem pesanan dan tempahan (GROW) dan RM2,499 untuk website pelbagai halaman (SCALE). Fungsi khas seperti web app dan automasi disebut harga mengikut skop.

Kenapa harga buat website berbeza-beza antara penyedia?

Perbezaan datang daripada skop dan cara kerja: bilangan halaman, fungsi khas, siapa yang menyediakan ayat dan gambar, serta sokongan selepas siap. Harga yang sangat rendah biasanya tidak termasuk penyelenggaraan, domain atau bantuan kandungan.

Ada caj bulanan untuk website saya?

Tiada caj bulanan di WebPadu. Bayaran bina dikenakan sekali sahaja. Yang berulang hanyalah penyelenggaraan tahunan — RM150 untuk START dan GROW, RM250 untuk SCALE — meliputi hosting, domain, SSL dan sokongan teknikal mengikut pakej.

Harga ini termasuk domain dan hosting?

Kos domain, hosting dan butiran penyelenggaraan diperincikan dalam sebut harga sebelum kerja bermula, supaya tiada caj mengejut. Yuran tahunan pakej meliputi hosting, domain, SSL dan sokongan teknikal mengikut skop pakej.

Macam mana saya tahu pakej mana yang sesuai?

Jika anda promosikan satu tawaran, START biasanya mencukupi. Jika pelanggan perlu membuat pesanan atau tempahan, pilih GROW. Jika syarikat anda ada beberapa servis dan portfolio, SCALE lebih sesuai. Beritahu kami jenis bisnes anda melalui WhatsApp — perbincangan awal percuma.

CERITAKAN
KEPERLUAN ANDA.

Tak perlu tahu semua istilah teknikal. Beritahu kami jenis bisnes, tujuan projek, anggaran bajet dan tarikh sasaran. Perbincangan awal percuma.
BINCANG MELALUI WHATSAPP