Terus ke kandungan

LANDINGPAGE UNTUKBISNES

Bawa pelanggan dari iklan atau media sosial ke satu halaman yang menerangkan tawaran anda. Mereka boleh semak maklumat, lihat bukti dan terus membuat pertanyaan melalui WhatsApp.

Kos dijelaskan dari awalSkop dipersetujui bersamaSokongan teknikal 30 hari

SATU HALAMAN.
TUJUAN YANG JELAS.

Landing page ialah halaman yang dibina untuk satu tujuan utama, seperti pertanyaan tentang servis atau promosi produk. Kandungan disusun daripada pengenalan tawaran, maklumat penting dan bukti hingga tindakan seterusnya.

Kempen iklan

Sediakan halaman khusus untuk tawaran yang pelanggan lihat dalam iklan, dengan maklumat dan butang pertanyaan yang berkaitan.

Produk atau servis utama

Terangkan kegunaan, harga, gambar dan soalan lazim tanpa pelanggan perlu mencari dalam banyak halaman.

Bisnes yang baru bermula

Mulakan dengan maklumat asas yang lengkap dan profesional. Bincang fungsi tambahan apabila keperluan berubah.

LANDING PAGE ATAU
WEBSITE LENGKAP?

Cuba contoh di bawah untuk lihat bezanya. Pilih jenis website dan gunakan butang dalam demo untuk faham cara ia berfungsi.
SIMULASI WEBSITE
DAPUR RASADEMOMakanan tempatan
CITARASA TEMPATAN

Sedap. Mudah.
Untuk semua.

Contoh cara satu tawaran diperkenalkan dengan jelas.

Tawaran jelasLangkah seterusnya
START · RM599

Perkenalkan satu produk atau servis.

Semua maklumat penting disusun dalam satu halaman: apa yang anda tawarkan, sebab pelanggan patut memilihnya dan cara untuk menghubungi anda.

  • Satu halaman dengan aliran yang jelas
  • Butang WhatsApp sebagai tindakan utama
  • Sesuai untuk usahawan, ejen dan servis
Lihat pakej berkaitan

HARGA & SKOP.
JELAS SEBELUM MULA.

Bayaran bina website adalah sekali sahaja. Penyelenggaraan tahunan dan fungsi tambahan dinyatakan berasingan.

START

RM599

Satu halaman untuk perkenalkan bisnes, terangkan servis dan mudahkan pelanggan menghubungi anda.

  • Landing page mengikut bisnes anda
  • Reka bentuk profesional
  • Butang untuk terus ke WhatsApp
  • Paparan sesuai untuk telefon dan desktop
  • Tetapan asas SEO
  • Bantuan menyusun ayat website

+ RM150/tahun penyelenggaraan

BINCANG PAKEJ START
Tidak termasuk
  • Sistem pesanan dan tempahan
  • Pengiraan harga
  • Integrasi Google Sheets

Kos domain, hosting, integrasi dan butiran penyelenggaraan akan diperincikan dalam sebut harga. Payment gateway, database dan panel pengurusan bukan sebahagian daripada pakej standard.

CARA KITA
MULAKAN PROJEK.

01

Bincang keperluan

Kongsi bisnes, objektif, bajet dan tarikh sasaran. Kami cadangkan skop serta jelaskan kos.

02

Sediakan bahan

Selepas persetujuan dan deposit, lengkapkan Content Kit dengan fakta bisnes, harga dan gambar.

03

Semak draf

Kami susun kandungan dan bina draf. Anda semak maklumat dan beri maklum balas mengikut skop.

04

Lancar & sokongan

Website diterbitkan selepas kelulusan. Sokongan teknikal percuma disediakan selama 30 hari selepas pelancaran.

START: seawal 48 jam selepas bahan lengkap. GROW dan SCALE: biasanya 5–7 hari bekerja, bergantung pada skop serta semakan. Jadual akhir dipersetujui sebelum kerja bermula.

PENGALAMAN
PELANGGAN KAMI.

Sangat mudah berurusan. Servis steady dan memenuhi kehendak pelanggan. Semoga maju jaya 👍🏻

ADA SOALAN
SEBELUM MULA?

Semak kos, skop dan cara servis ini berfungsi. Keperluan khusus boleh dibincangkan terus.
Tanya WebPadu
Berapa harga landing page WebPadu?

Pakej START ialah RM599 untuk bayaran bina sekali sahaja, dengan penyelenggaraan RM150 setahun. Butiran domain, hosting dan fungsi tambahan diperincikan dalam sebut harga.

Adakah copywriting termasuk?

Bantuan menyusun ayat website termasuk dalam START. Anda sediakan fakta produk atau servis, gambar dan harga; kami bantu susun kandungan supaya mudah difahami.

Berapa lama landing page boleh siap?

START boleh disiapkan seawal 48 jam selepas semua bahan lengkap diterima. Jadual sebenar bergantung pada bahan, semakan dan persetujuan projek.

Adakah sistem pesanan dan payment gateway termasuk?

Tidak termasuk dalam START. Sistem pesanan, pengiraan harga dan Google Sheets termasuk dalam skop GROW. Payment gateway, database dan panel pengurusan disebut harga berasingan.

Adakah landing page menjamin jualan meningkat?

Tiada jaminan jumlah jualan. Hasil bergantung pada tawaran, harga, trafik dan pemasaran anda. Landing page membantu pelanggan memahami maklumat dan mengambil langkah seterusnya.

CERITAKAN
KEPERLUAN ANDA.

Tak perlu tahu semua istilah teknikal. Beritahu kami jenis bisnes, tujuan projek, anggaran bajet dan tarikh sasaran. Perbincangan awal percuma.
BINCANG MELALUI WHATSAPP