Terus ke kandungan

WEBSITEUNTUK BISNESANDA

Perkenalkan syarikat, terangkan servis dan mudahkan pelanggan menghubungi anda. WebPadu membantu SME di Malaysia dengan reka bentuk, susunan kandungan dan pembangunan website.

Kos dijelaskan dari awalSkop dipersetujui bersamaSokongan teknikal 30 hari

WEBSITE YANG SESUAI
DENGAN BISNES ANDA.

Servis buat website merangkumi susunan maklumat, reka bentuk paparan dan pembangunan fungsi yang dipersetujui. Pilihan terbaik bergantung pada maklumat yang perlu dikongsi dan tindakan yang anda mahu pelanggan lakukan.

Satu tawaran atau kempen

Landing page membantu pelanggan memahami satu tawaran dan terus membuat pertanyaan.

Profil syarikat dan pelbagai servis

Website pelbagai halaman menyediakan ruang untuk profil, servis, portfolio dan maklumat hubungan.

Pesanan atau tempahan

Tambah pilihan produk, pengiraan harga dan ringkasan pesanan supaya pertanyaan lebih tersusun.

LANDING PAGE ATAU
WEBSITE LENGKAP?

Cuba contoh di bawah untuk lihat bezanya. Pilih jenis website dan gunakan butang dalam demo untuk faham cara ia berfungsi.
SIMULASI WEBSITE
DAPUR RASADEMO
CITARASA TEMPATAN

Sedap. Mudah.
Untuk semua.

Contoh cara satu tawaran diperkenalkan dengan jelas.

Tawaran jelasLangkah seterusnya
SCALE · RM2,499

Asingkan maklumat dalam halaman sendiri.

Halaman berasingan untuk menerangkan syarikat, servis dan portfolio dengan lebih terperinci. Sesuai untuk bisnes yang mempunyai beberapa tawaran.

  • Navigasi antara halaman berbeza
  • Kandungan tersusun mengikut topik
  • Reka bentuk dan fungsi mengikut keperluan
Lihat pakej berkaitan

HARGA & SKOP.
JELAS SEBELUM MULA.

Bayaran bina website adalah sekali sahaja. Penyelenggaraan tahunan dan fungsi tambahan dinyatakan berasingan.

START

RM599

Satu halaman untuk perkenalkan bisnes, terangkan servis dan mudahkan pelanggan menghubungi anda.

  • Landing page mengikut bisnes anda
  • Reka bentuk profesional
  • Butang untuk terus ke WhatsApp
  • Paparan sesuai untuk telefon dan desktop
  • Tetapan asas SEO
  • Bantuan menyusun ayat website

+ RM150/tahun penyelenggaraan

BINCANG PAKEJ START
Tidak termasuk
  • Sistem pesanan dan tempahan
  • Pengiraan harga
  • Integrasi Google Sheets

GROW

RM1,299

Pelanggan pilih produk atau servis, semak anggaran harga dan hantar butiran melalui WhatsApp.

  • Semua dalam Pakej START
  • Sistem pesanan atau tempahan
  • Pengiraan harga automatik
  • Ringkasan pesanan melalui WhatsApp
  • Integrasi Google Sheets
  • Sehingga 10 produk atau servis

+ RM150/tahun penyelenggaraan

BINCANG PAKEJ GROW
Tidak termasuk
  • Panel pengurusan
  • Sistem bayaran online
  • Pangkalan data

SCALE

RM2,499

Profil syarikat, servis dan portfolio disusun dalam halaman berasingan.

  • Semua dalam Pakej GROW
  • Website dengan beberapa halaman
  • Reka bentuk paparan dan navigasi mengikut keperluan
  • Borang dan proses kerja lanjutan
  • Animasi website premium
  • Optimasi prestasi website
  • Keutamaan sokongan teknikal

+ RM250/tahun penyelenggaraan

BINCANG PAKEJ SCALE
Tidak termasuk
  • Panel pengurusan yang kompleks
  • Aplikasi web khas
  • Automasi AI

Kos domain, hosting, integrasi dan butiran penyelenggaraan akan diperincikan dalam sebut harga. Payment gateway, database dan panel pengurusan bukan sebahagian daripada pakej standard.

CARA KITA
MULAKAN PROJEK.

01

Bincang keperluan

Kongsi bisnes, objektif, bajet dan tarikh sasaran. Kami cadangkan skop serta jelaskan kos.

02

Sediakan bahan

Selepas persetujuan dan deposit, lengkapkan Content Kit dengan fakta bisnes, harga dan gambar.

03

Semak draf

Kami susun kandungan dan bina draf. Anda semak maklumat dan beri maklum balas mengikut skop.

04

Lancar & sokongan

Website diterbitkan selepas kelulusan. Sokongan teknikal percuma disediakan selama 30 hari selepas pelancaran.

START: seawal 48 jam selepas bahan lengkap. GROW dan SCALE: biasanya 5–7 hari bekerja, bergantung pada skop serta semakan. Jadual akhir dipersetujui sebelum kerja bermula.

PENGALAMAN
PELANGGAN KAMI.

Sangat mudah berurusan. Servis steady dan memenuhi kehendak pelanggan. Semoga maju jaya 👍🏻

ADA SOALAN
SEBELUM MULA?

Semak kos, skop dan cara servis ini berfungsi. Keperluan khusus boleh dibincangkan terus.
Tanya WebPadu
Berapa harga servis buat website?

Pakej START RM599, GROW RM1,299 dan SCALE RM2,499 untuk bayaran bina sekali sahaja. Penyelenggaraan tahunan bermula RM150 mengikut pakej. Fungsi tambahan dinyatakan dalam sebut harga.

Landing page atau website pelbagai halaman?

Landing page sesuai untuk satu tawaran atau kempen. Website pelbagai halaman lebih sesuai untuk profil syarikat, beberapa servis dan portfolio yang memerlukan penerangan berasingan.

Apa yang saya perlu sediakan?

Maklumat bisnes, senarai servis atau produk, harga, logo dan gambar yang jelas. WebPadu membantu menyusun ayat berdasarkan bahan anda.

Boleh saya kemas kini website sendiri?

Pakej standard diurus oleh WebPadu. Hantarkan bahan untuk kemas kini. Jika perlukan panel untuk mengurus kandungan sendiri, fungsi tersebut perlu dibincangkan dan disebut harga berasingan.

CERITAKAN
KEPERLUAN ANDA.

Tak perlu tahu semua istilah teknikal. Beritahu kami jenis bisnes, tujuan projek, anggaran bajet dan tarikh sasaran. Perbincangan awal percuma.
BINCANG MELALUI WHATSAPP