Terus ke kandungan

TEMPAHANLEBIH MUDAHDIURUS

Pelanggan pilih produk atau servis, semak anggaran harga dan sediakan butiran tempahan sebelum ke WhatsApp. Anda menerima ringkasan yang lebih mudah disemak dan disahkan.

Kos dijelaskan dari awalSkop dipersetujui bersamaSokongan teknikal 30 hari

KURANG ULANG SOALAN.
BUTIRAN LEBIH TERSUSUN.

Sistem ini membantu pelanggan menyediakan pesanan melalui website. Dalam skop standard GROW, ringkasan dihantar melalui WhatsApp untuk anda semak dan sahkan. Bayaran online, panel pengurusan dan database ialah fungsi tambahan.

Makanan dan produk

Pelanggan pilih produk, kuantiti dan pilihan yang tersedia. Sistem menyediakan pengiraan berdasarkan tetapan yang dipersetujui.

Servis yang memerlukan tempahan

Kumpulkan pilihan servis dan butiran tarikh mengikut skop. Pilihan tarikh tidak bermaksud slot disahkan secara automatik.

Permintaan sebut harga

Bantu pelanggan menghantar maklumat yang diperlukan supaya anda boleh menyemak keperluan dan memberi sebut harga.

LANDING PAGE ATAU
WEBSITE LENGKAP?

Cuba contoh di bawah untuk lihat bezanya. Pilih jenis website dan gunakan butang dalam demo untuk faham cara ia berfungsi.
SIMULASI WEBSITE
DAPUR RASADEMOKatalog produk
PRODUK CONTOH

Pek makanan beku

RM25.00 / pek

Kuantiti
2
Jumlah anggaranRM50.00

Simulasi sahaja. Tiada pesanan sebenar.

GROW · RM1,299

Mudahkan pelanggan menyediakan pesanan.

Pelanggan memilih produk, kuantiti atau pilihan tempahan. Sistem menyediakan anggaran harga dan ringkasan WhatsApp yang mudah disemak.

  • Pesanan atau tempahan mengikut pakej
  • Pengiraan berdasarkan pilihan pelanggan
  • Ringkasan pesanan untuk anda semak dan sahkan
Lihat pakej berkaitan

HARGA & SKOP.
JELAS SEBELUM MULA.

Bayaran bina website adalah sekali sahaja. Penyelenggaraan tahunan dan fungsi tambahan dinyatakan berasingan.

GROW

RM1,299

Pelanggan pilih produk atau servis, semak anggaran harga dan hantar butiran melalui WhatsApp.

  • Semua dalam Pakej START
  • Sistem pesanan atau tempahan
  • Pengiraan harga automatik
  • Ringkasan pesanan melalui WhatsApp
  • Integrasi Google Sheets
  • Sehingga 10 produk atau servis

+ RM150/tahun penyelenggaraan

BINCANG PAKEJ GROW
Tidak termasuk
  • Panel pengurusan
  • Sistem bayaran online
  • Pangkalan data

Kos domain, hosting, integrasi dan butiran penyelenggaraan akan diperincikan dalam sebut harga. Payment gateway, database dan panel pengurusan bukan sebahagian daripada pakej standard.

CARA KITA
MULAKAN PROJEK.

01

Bincang keperluan

Kongsi bisnes, objektif, bajet dan tarikh sasaran. Kami cadangkan skop serta jelaskan kos.

02

Sediakan bahan

Selepas persetujuan dan deposit, lengkapkan Content Kit dengan fakta bisnes, harga dan gambar.

03

Semak draf

Kami susun kandungan dan bina draf. Anda semak maklumat dan beri maklum balas mengikut skop.

04

Lancar & sokongan

Website diterbitkan selepas kelulusan. Sokongan teknikal percuma disediakan selama 30 hari selepas pelancaran.

START: seawal 48 jam selepas bahan lengkap. GROW dan SCALE: biasanya 5–7 hari bekerja, bergantung pada skop serta semakan. Jadual akhir dipersetujui sebelum kerja bermula.

PENGALAMAN
PELANGGAN KAMI.

Okayy terimakasih. Cantikk hasilnyaaa. Ringkas padat. Servis terbaikk !! 👍 👍

ADA SOALAN
SEBELUM MULA?

Semak kos, skop dan cara servis ini berfungsi. Keperluan khusus boleh dibincangkan terus.
Tanya WebPadu
Berapa kos sistem tempahan?

Pakej GROW ialah RM1,299 untuk bayaran bina sekali sahaja, dengan penyelenggaraan RM150 setahun. Fungsi dan integrasi tambahan dinyatakan dalam sebut harga.

Adakah bayaran FPX atau kad termasuk?

Tidak termasuk dalam GROW standard. Payment gateway boleh ditambah selepas perbincangan. Caj penyedia pembayaran, kelulusan akaun dan keperluan integrasi turut perlu dipertimbangkan.

Adakah slot tempahan disahkan automatik?

Tidak semestinya. Dalam aliran WhatsApp standard, pemilik bisnes menyemak dan mengesahkan tempahan. Pengurusan slot masa sebenar atau pengesahan automatik memerlukan skop tambahan.

Berapa banyak produk boleh dimasukkan?

GROW merangkumi sehingga 10 produk atau servis. Variasi produk dan fungsi lain dipersetujui dalam skop sebelum pembangunan.

Boleh sambung Google Sheets?

Integrasi Google Sheets termasuk dalam GROW mengikut skop pakej. Maklumat borang boleh dikumpulkan untuk semakan. Jika perlukan database atau dashboard tersendiri, fungsi itu disebut harga berasingan.

CERITAKAN
KEPERLUAN ANDA.

Tak perlu tahu semua istilah teknikal. Beritahu kami jenis bisnes, tujuan projek, anggaran bajet dan tarikh sasaran. Perbincangan awal percuma.
BINCANG MELALUI WHATSAPP